Monday, June 1

Coretan buatmu, Muhammad Syazwan bin Mohamad Zan.

Bismillahirrahmanirrahim...
Saya menaip coretan ni sebab saya rindu adik saya. Saya tahu dia sedang lihat apa yang kakak dia buat. Terima kasih Wan temankan aku. :')

Aku berada di Bumi Kenyalang,
bukan untuk bersuka ria
tapi untuk menuntut ilmu yang luas di muka bumi Allah ini.
Bila aku bersama-sama dengan kawan
dan menyiapkan kerja yang banyak,
aku dapat melupakan kau.
Pabila aku bangun tidur, mandi dan solat,
aku teringat kau.

Ya, hati ini rindu dan masih tak percaya yang kau sudah tiada.
Bila mama ayah telefon aku, mereka asyik bertanya aku, "Nana.. okay?"
Soalan itu seolah-olah diawang-awangan.
Aku selalu mengatakan "Okay." tapi sebaliknya hanya Allah yang tahu perasaan diri ini.

Jika aku ada masa lapang, aku melukis potretmu,
Ataupun menelefon mama.
Bila mulut ini berbicara, mulut ini ringan sahaja ingin bertanya khabar tentang kau,
tapi bila aku sedar di dunia nyata, soalan itu tergantung untuk bertanya.
Hingga sekarang orang bercerita tentang kau termasuk aku.
Aku tahu kau orangnya baik, kelakar, suka bergurau tapi kenapa begitu cepat kau meninggalkan kami?
MasyaAllah, rindu dekat kau.....

Bulan Ramadhan semakin tiba,
setiap tahun berpuasa bersama-sama,
kini hanya berempat.
Kalau puasa, waktu sahurlah kau paling liat nak bangun,
tapi bila giliran aku kejutkan kau, kau bangun.
Dan selepas ni, siapa pula yang aku nak kejutkan?

Di saat kau meninggalkan aku,
Aku hanya ada memori yang terindah.
Sehingga kini aku ralat tak dapat berbual dengan kau,
tidak ketawa dengan kau,.
Tetapi sebelum kau menghadap Ilahi,
aku hanya dapat memegang tangan kau,
dapat melihat wajah kau yang kaku,
dapat berbisik di telinga kau,
dan akhirnya aku dapat mengucup pipimu dan hidungmu.

Kini tiada lagi yang cari gaduh dengan aku,
tiada lagi yang atur cara pakaian aku,
tiada lagi yang bagi pendapat,
tiada lagi tempat aku nak bertanya.
Ya Allah... kuatkan hambamu ini.

Tiada lagi kata yang aku mahu ungkapkan,
hanya iringan doa rindu saja yang aku ungkapkan.
Aku tahu di saat aku menaip coretan ini,
kau ada bersebelahan dengan aku.
In Syaa Allah, selepas urusan di sini selesai aku akan balik.
Aku akan menziarahi kau.
Tunggu kepulangan aku ya? :)

Al-Fatihah.

Coretan,
DAYANAMDZAN

(tamat menaip pada pukul 2200, menaip dalam keadaan jari yang bergetar-getar. Air mata mengalir kerana kerinduan tidak dapat diungkapkan.)

Saturday, April 18

Buatmu Adik..... :')

Adikku Wan,
Muhammad Syazwan bin Mohamad Zan.
Di saat kau berada di samping keluarga,
Gelak ketawa, gurauan senda kau sering menjadi ikutan
Walaupun degil tetapi selalu membuat orang tersenyum lebar dengan gurauan kau...
Suara nyaring kau yang sering teriak membuatkan semua orang mengenali diri kau.
Tetapi itu semua dulu,
Ya, dulu di saat kau berada di samping keluarga.
Kini kau telah meninggalkan kami..
Meninggalkan kami kerana Allah lebih menyayangimu.
Saat kau pergi,
Suara kau sering terngiang-ngiang di telingaku,
Rindu di saat kau memanggil namaku,
Rindu di saat gelak ketawa bersama,
Rindu di saat keluar bersama-sama,
Rindu di saat berbual bersama.
Semuanya bersama kau Syazwan.....
Akan tetapi aku redha atas pemergianmu.....
Kini tiada lagi gurauan sendamu,
Tiada lagi suaramu yang sedang berbicara,
Tiada lagi tempat aku mengadu cerita,
Semuanya tiada lagi.....
Kau hanya tinggalkan cebisan memori,
Ya, cebisan memori di saat kita bersama...
Walaupun hanya memori tetapi ianya hanya kenangan yang sangat bermakna.
Di saat akhir, aku tidak dapat bergelak ketawa dan bergurau senda dengan kau,
Tetapi aku dapat mengucup pipimu dan hidungmu...
Ya Allah...
Genap seminggu, dia meninggalkan kami.
Terima kasih kerana Engkau telah memberikan kami insan yang amat menyenangi kami semua.....
Aku tahu Engkau lebih menyayanginya tetapi hanya doa-doa rindu yang kami dapat sampaikan.
Ya Allah...
Engkau berikanlah kami sekeluarga kekuatan.
Ujian ini terlalu berat untuk kami hadapi tetapi liku-liku kehidupan yang mendatang perlu diteruskan dan diperjuangkan.
Al-Fatihah.
Kakakmu Nana,
Nur Dayana Syahira binti Mohamad Zan. :)